Saturday, 24 December 2022

Mak & Anak5 Join Kelas Renang

Assalamualaikum dan hello 😀.

Dah makin yakin dengan air nampaknya.

It's our 4th swimming lesson today. Alhamdulillah Mak dan anak-anak masing-masing ada progressSlowly but surely orang kata.

Tahun 2019 pernah niat nak hantar anak-anak kelas renang tapi lepas tu hilang dari ingatan. Bila tengok status whatsapp cikgu sekolah anak Mac tahun ni, trigger balik nak hantar kelas. Tengok pula seorang lagi kawan sekerja up status kelas renang anaknya, lagi rasa berkobar nak daftarkan anak-anak. Tapi itulah survey punya survey tak daftar-daftar juga 🤭

Fikir dan bincang dengan anak-anak nak daftar berperingkat ke macam mana. Sebab nak bajetkan 5 orang anak pengsan juga nak sediakan. Kelas renang pun mesti ambil masa nak kuasai skill renang ini. Tak mungkin 4 kali kelas dah boleh berenang. Selepas banyak pertimbangan dan perkiraan, akhirnya Mak decide daftarkan semua sekali, cuma Mak kena kerja keras ajelah sediakan yuran bulanan.

Go! go! You can do it!

Memandangkan Disember musim hujan dan kami pun decide gantung khemah, nak wujudkan aktiviti masa cuti sekolah, akhirnya berjaya daftarkan diri dan anak-anak kelas renang. Plan asal daftar untuk anak-anak je. Fikir punya fikir punya fikir, akhirnya Mak pun daftar kelas sekali join ladies class. Jadi berenam oranglah kami belajar renang. 

Mak ikutkan tak ada plan langsung nak belajar renang. Ada ketakutan sikit dengan air sebab pernah hampir lemas dulu-dulu 😬. Tak pernah masuk swimming pool kecuali bahagian kanak-kanak (jaga anak mandi) 🙈. Kira ini satu pencapaian jugalah untuk diri sendiri. 

Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Kami daftar kelas renang bawah Dive Buddy / Swim Buddy yang bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Shah Alam. Kelas ini yang direkomen oleh cikgu anak. Antara sebab pilih kelas kelolaan mereka ini sebab ada kelas untuk perempuan dewasa dengan coach perempuan. Untuk kanak-kanak kebanyakan kelas coach lelaki. Di PADE ni memang banyak organizer kelas renang. Pilih sahaja mana yang sesuai dengan kita. Cuma hasil carian online sebelum ini, tak banyak maklumat organizer yang ada. Bila datang PADE tengok rupanya banyak pilihan organizer. So better survey di situ terus.

Banyak kelas renang kat sini. Macam-macam company/organizer.

Tak tahu nak kata berapa kelas boleh mahir berenang. Coach pun kalau tanya selalu jawab, bergantung pada orang tu. Tak sama sebab water confident masing-masing berbeza. Jadi perlu beri masa dan berkerja lebih keras untuk kumpul bajet sambung kelas 💪😂.


Mari anak-anak kita belajar bersungguh-sungguh. Semoga Mak dan anak-anak berjaya! 💪💪💃 

#swimming #swimbuddy #kelasrenang #swimorsink #swimandsurvive

No comments:

Post a Comment